KUALA LUMPUR :Malaysia akan menggunakan semua kaedah termasuk menjalin hubungan serantau dengan negara anggota ASEAN dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia penting untuk memastikan negara menerima manfaat khususnya dalam keperluan mendapatkan vaksin wabak tersebut.

"Sudah tentu hubungan dua hala, hubungan pelbagai hala dan hubungan serantau merupakan kaedah yang ada pada Wisma Putra mewakli negara kita.

"Kita akan menggunakan ketiga-tiga kaedah ini dalam apa jua dugaan yang terpaksa kita lalui. Sekurang-kurangnya kita tidak keseorangan dan ini merupakan satu perkara yang kita boleh lihat di luar kotak kerana hubungan dua hala sahaja tidak mencukupi, tetapi suara 10 negara (ASEAN)," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 secara maya, hari ini.

BACA: Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) bukti ASEAN masih relevan - Hishammuddin