KANGAR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini dinanti-nantikan banyak pihak yang berharap ia menjadi pelan ekonomi yang inklusif bagi semua golongan.
Ramai berharap, ia dapat membawa negara keluar daripada kemelut krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi ketika ini.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Perlis hari ini, mendapati antara yang meletakkan harapan tinggi adalah golongan peniaga yang berharap tumpuan dalam perancangan lima tahun itu turut memberi manfaat kepada mereka.
Pegawai syarikat swasta, Pengiran Muhammad Adil Awang, 32, berkata bantuan perlu terus diberikan terhadap golongan peniaga kecil untuk terus bertahan dan seterusnya memajukan perniagaan.
"Harapan kami agar kerajaan teruskan membantu rakyat termasuk peniaga bukan di masa pandemik sahaja tapi juga sepanjang masa.
"Kami juga mengharapkan kerajaan boleh sediakan pelan khas untuk peniaga kecil seperti kami untuk berdiri sama tinggi dengan dengan peniaga besar," katanya.
Pengusaha makanan sejuk beku, Siti Norasyikin Ali, 50, berharap ada perancangan khas yang membolehkan kerajaan mengawal harga barangan keperluan rakyat.
"Minta kerajaan kawal harga barang sebab kami pun agak terjejas apabila harga naik kerana pelanggan kurang membeli. Orang pun ekonomi meleset jadi mereka tidak membeli, jadi sebagai peniaga kami kerugian apabila tiada jualan.
"Sedangkan kami juga perlu membayar banyak komitmen lain," katanya.
Peniaga ayam, Mohd Shamili Md Diah, berkata sebagai peniaga kecil, dia berharap lebih banyak bantuan terus berbentuk suntikan kewangan dapat disalurkan kepada mereka.
"Kami memang terjejas ketika pandemik terutama ketika penutupan sektor ekonomi sebelum ini. Kos juga meningkat apabila kebenaran berniaga diberikan semula.
"Jadi harap sangat golongan peniaga macam kami tidak terlepas pandang dan diberi bantuan sewajarnya," katanya.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 24 2021
Ramai berharap, perancangan RMK-12 itu dapat membawa negara keluar daripada kemelut krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi ketika ini. - Gambar hiasan
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat
Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.
#SuaraMalaysia: Hampir 60 peratus responden setuju wajibkan semula pelitup muka
Sehingga pukul 8.25 malam tadi, sebanyak 58 peratus daripada keseluruhan responden Astro AWANI bersetuju agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di negara ini.
Kos sara hidup: "Terpaksa kerja kuat demi keluarga, simpanan pun tiada"
Dengan sumber pendapatan yang tidak meningkat, pastinya membataskan pembelian dan ia jejaskan kualiti hidup seharian rakyat.
Muda tawarkan Kertas Hitam kepada rakyat
Syed Saddiq berkata, Kertas Hitam tersebut dibentuk melalui kutipan suara rakyat di seluruh negara sejak Julai lalu.
Rakyat keluarkan wang KWSP perlu tingkat caruman, tambah simpanan untuk masa depan - Tinjauan
Tinjauan mendapati, rata-rata mereka berpendapat isu kekurangan tabungan itu boleh diatasi dengan beberapa cara selepas pandemik COVID-19 tamat.
Bajet 2022: Orang ramai, peniaga kecil harap pengecualian cukai
Rata-rata pembayar cukai yang ditemui di Ipoh berpendapat, dalam tempoh sukar ini, kerajaan wajar membantu rakyat meringankan beban ditanggung mereka.
BKP ringankan bebanan, tampung beli keperluan harian
Rata-rata yang ditemui menyatakan akan menggunakan wang terbabit bagi membeli kelengkapan harian, membuat pembayaran bil serta dijadikan modal pusingan bagi perniagaan kecil.
Bajet 2022: Rakyat harap bantuan tunai, subsidi diteruskan
Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun lalu amat memberi kesan terhadap ekonomi rakyat termasuk golongan petani dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).