awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos sara hidup: "Terpaksa kerja kuat demi keluarga, simpanan pun tiada"

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
01/11/2022
06:58 MYT
Kos sara hidup: "Terpaksa kerja kuat demi keluarga, simpanan pun tiada"
Kamarudin Ibrahim (kiri), Ruzdin Muhd (tengah) dan Rusli Mohamed (kanan) ketika ditemu bual Astro AWANI di Kota Bharu, Kelantan menyuarakan harapan agar kerajaan cakna akan isu kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Isu harga barang yang melambung tinggi sejak dua menjak ini semakin membelenggu rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup pada ketika ini.
Tidak terkecuali menerima tempiasnya adalah rakyat di Kelantan, dengan sumber pendapatan yang tidak meningkat, pastinya ia membataskan pembelian serta sedikit sebanyak menjejaskan kualiti hidup seharian mereka.
Bagi penghantar barangan, Kamarudin Ibrahim, dia tidak mampu untuk membuat simpanan kerana pendapatan yang tidak seberapa disamping harga barangan pula semakin meningkat.
“Saya terpaksa kerja lebih kuat untuk tanggung keluarga. Anak-anak nak membesar ini perlu duit banyak. Harga susu anak naik, dulu RM22, kini RM27.
“Gaji saya pun RM1,500, sewa rumah lagi, isteri pula tidak bekerja. Nak buat simpanan pun tidak boleh,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Situasi ini turut dirasai oleh golongan pesara walaupun mereka mendapat manfaat persaraan, namun turut merasai keperitan susulan harga barangan dan kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Memang kos sara hidup semakin tinggi, kita sebagai pesara yang dapat pendapatan separuh daripada sebelum ini sangat terasa.
“Barang mahal, ikan ayam mahal, jadi susah untuk kita urus kehidupan seharian kerana banyak duit kena guna. Kiranya celik mata dah kena keluar duit,” jelas pesara kerajaan, Ruzdin Mohd.
Susulan harga barangan yang semakin meningkat, peniaga juga terpaksa menaikkan harga produk, lantas situasi ini akan menyebabkan pelanggan merungut atas kenaikan harga itu.
“Kos sara hidup melambung tinggi, rakyat sekarang tak faham kenapa harga bahan mentah selepas COVID-19 ini melambung tinggi.
“Boleh dikatakan harga baik setiap minggu atau bulan. Kita sebagai peniaga juga terpaksa naikkan juga harga produk, lepas itu orang ramai pula merungut pada kami,” jelas peniaga gerai makanan, Rusli Mohamed.
Besar harapan mereka supaya kerajaan yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, dapat cakna akan masalah akar umbi dan berusaha mencari solusi untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#harga barang
#suara rakyat
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan