awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2023
01:00 MYT
#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan
Kaji selidik turut menunjukkan 40 peratus responden memilih tadika swasta manakala tujuh peratus membuat pilihan untuk tidak menghantar anak ke prasekolah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Astro AWANI telah bertanyakan kepada anda mengenai pilihan pendidikan prasekolah sama ada tadika swasta, kerajaan, atau pilihan tidak menghantar anak ke prasekolah.
Berdasarkan kaji selidik setakat jam 7.48 malam Jumaat, daripada 146 jumlah responden, 53 peratus responden memilih prasekolah kerajaan.
Sementara itu, 40 peratus responden pula memilih tadika swasta manakala tujuh peratus membuat pilihan untuk tidak menghantar anak ke prasekolah.
Kaji selidik ini turut disediakan di seluruh platform media sosial Astro AWANI meliputi Twitter, YouTube, dan Telegram.
Platform berkenaan menumpukan tahap kepuasan terhadap mutu pendidikan prasekolah di kawasan masing-masing.
Daripada 2,660 jumlah undi, 52 peratus atau bersamaan 1,387 undi berpuas hati dengan kualiti prasekolah di kawasan mereka.
Manakala baki 48 peratus pula menzahirkan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu.
Astro AWANI menggunakan tanda pagar #suaramalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Keputusan Semasa #SuaraMalaysia
Topic Berkaitan
#pendidikan
#SuaraMalaysia
#prasekolah
#kaji selidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan