awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: 58 peratus tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023

Faida Rahim
Faida Rahim
01/02/2023
12:51 MYT
#SuaraMalaysia: 58 peratus tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
ADA orang mengatakan wang bukan segalanya, namun hakikatnya segala keperluan dan kehendak setiap individu bergantung rapat dengan kemampuan kewangan terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Ia merangkumi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan kos-kos lain dalam menjalani kehidupan harian.
Malah, tahap kesihatan segelintir individu turut bergantung kepada status ekonomi.
Kenaikan kos sara hidup banyak diperkatakan akhir-akhir ini, yang memberi kesan kepada sebahagian besar rakyat.
Sehubungan itu, melalui kaji selidik #SuaraMalaysia, kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam Ahad - Menjelang Bajet 2023, apa tumpuan anda?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 7 petang Rabu.
Daripada 1,244 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 58 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.
Sebanyak 21 peratus memilih subsidi, manakala baki 21 peratus memfokuskan pada cukai.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Suara Malaysia
#Bantuan Sara Hidup
#Bajet 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan