MENJELANG Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini, kami di Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia menerusi pelbagai soalan berkaitan kehendak serta keperluan rakyat Malaysia.
Hari ini Astro AWANI mengajukan soalan: Apakah aspek kos sara hidup yang perlu dijadikan tumpuan dalam Belanjawan 2024?
Daripada 907 responden yang memberikan pandangan mereka sehingga jam 6 petang Isnin, sebanyak 76 peratus bersetuju harga barang perlu menjadi tumpuan dalam belanjawan kali ini.
Antara barangan yang dinyatakan responden ialah gula, minyak, telur dan ayam.
Sejumlah 17 peratus responden pula bersetuju bantuan tunai perlu menjadi tumpuan kerajaan dalam pembentangan tahun ini.
Tujuh peratus responden pula bersetuju subsidi antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Menjelang Belanjawan Madani 2024 pada 13 Oktober ini, kami akan ajukan soalan setiap hari dalam pungutan suara ini.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat? Tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kos QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Fareez Azman
Mon Oct 09 2023
Seramai 907 responden memberikan pandangan mereka sehingga jam 6 petang Isnin, dengan 76 peratus bersetuju harga barang perlu menjadi tumpuan dalam belanjawan kali ini. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
#SuaraMalaysia: 76 peratus mahu harga barang jadi tumpuan dalam Belanjawan 2024
Menjelang Belanjawan Madani 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini, Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.
#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.
#SuaraMalaysia: Kos barangan makanan terus jadi keresahan utama
85 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi ketika ini.
#SuaraMalaysia: 85 peratus resah dengan kos makanan
Sememangnya situasi ekonomi yang tidak menentu memberi impak langsung terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.
#SuaraMalaysia: 85 peratus pilih peningkatan kos makanan paling meresahkan rakyat
Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.
#SuaraMalaysia: 48 peratus pilih tidak pakai pelitup muka
Kami meneruskan undian #SuaraMalaysia dengan bertanyakan pembaca Astro AWANI sama ada bersetuju atau sebaliknya agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.
#SuaraMalaysia: Majoriti mahu gaji menteri turut dipotong
Adakah hanya Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji? Bagaimana pula dengan jemaah menterinya nanti?
#SuaraMalaysia: Siapa PM ke-10? Keputusan tinjauan Astro AWANI setakat 2 petang
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului dengan undian dengan 56 peratus undi.
#SuaraMalaysia: Esok nak undi siapa? 93 peratus sudah buat keputusan
Kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.