Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Jumaat.
Daripada 1,536 responden yang mengikuti kaji selidik #Suaramalaysia ini, didapati perbezaan peratusan yang memilih atas dasar calon dan parti tidak begitu ketara, dengan 49 peratus memilih calon.
Mengikut pecahan, 36 peratus responden melihat faktor parti, manakala 15 peratus lagi melihat pada isu.
Mengangkat tema "Malaysia memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula buletin awani jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Astro AWANI juga menggunakan tanda pagar #Suaramalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.