Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi sejak pagi tadi, hanya beberapa kenderaan milik kedutaan itu dilihat keluar masuk premis berkenaan.
Wartawan daripada pelbagai media tempatan dan luar negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, berada di kawasan kedutaan itu seawal 9 pagi untuk mendapatkan maklumat terkini.
Pihak media cuba mendapatkan maklum balas daripada pegawai di situ namun tiada maklum balas positif diberikan.
Kedutaan Korea Utara di Malaysia menjadi tumpuan berikutan kematian Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Isnin lepas.
BACA: Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Dilaporkan sebelum ini, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Beliau dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Feb, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di Putrajaya. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 19 2017
Wartawan daripada pelbagai media tempatan dan luar negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, berada di kawasan kedutaan itu seawal 9 pagi untuk mendapatkan maklumat terkini. - Foto Google Map
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
'Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara
Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke KLIA, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.
Pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara dihantar pulang
Bas yang membawa pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara ke KLIA.
Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan
Tinjauan Astro AWANI mendapati, seawal jam 8.15 pagi, kakitangan diplomatik sudah mula memasuki bangunan yang terletak Jalan Batai itu.
Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berdepan cabaran tatkala sukar mendapatkan kerjasama dengan Kedutaan Korea Utara di Malaysia.
Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.
Imigresen Johor pantau pintu sempadan, elak warga Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara
Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada warga Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.
Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara
Perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar daripada Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.
Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan
Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.
Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.
Suasana kedutaan Korea Utara sunyi
Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi sejak pagi tadi, hanya beberapa kenderaan milik kedutaan itu dilihat keluar masuk premis berkenaan.