NATIONAL
Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol

Sebahagian dari anggota keluarga lapan mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 jalan Bahau-Keratong menziarahi mangsa di Hospital Jempol malam tadi. --fotoBERNAMA
Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Jempol pagi ini yang menempatkan jenazah lapan mangsa yang maut termasuk enam rentung dalam kemalangan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, semalam.
Kelihatan ramai sanak saudara dan rakan taulan hadir seawal jam 8 pagi di sini bagi memberikan penghormatan terakhir dan cuaca yang hujan juga seolah-olah turut sama meratapi pemergian kesemua mereka.
Pagi ini urusan bedah siasat sedang dilakukan ke atas semua mangsa.
Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini, semalam.
Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.
Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami