awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subaru STI Performance Concept

Astro Publication
Astro Publication
06/04/2015
10:01 MYT
Subaru STI Performance Concept
Nakal sungguh Subaru! Lihat sahaja kereta yang mereka pamerkan di pameran kereta antarabangsa New York sekarang, cantik kan? Memang jelas ia ada mirip model BRZ tetapi ia juga kelihatan lebih gagah daripada coupe itu dengan fender yang lebih menonjol dan penggayaan agresif di keempat-empat sudut. Namun, sayangnya ia tidak lebih dari sebuah konsep – STI Performance Concept. Tiada petunjuk yang Subaru akan menghasilkannya, bahkan tidak banyak yang didedahkan oleh syarikat berkenaan mengenai kereta konsep ini. Fungsi sebenar STI Performance Concept ini adalah untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka akan memberi lebih tumpuan kepada pasaran Amerika Syarikat, terutamanya untuk cabang STI (Subaru Tecnica International) serta tiga kekuatannya: komponen aftermarket, kereta lengkap (seperti siri S204), dan juga sukan bermotor. Amerika Syarikat adalah pasaran terbesar untuk Subaru dan fokus kepada jenama STI bertujuan untuk menaikkan lagi imejnya, termasuk kepada jentera-jentara siap menggunakan nama STI (complete car). Bagi sukan bermotor, Subaru sudahpun memberikan komitmen bahawa tumpuan lebih akan diberikan kepada penglibatan STI di dalam pasukan Global Rallycross Subaru Amerika. STI Performance Concept ini banyak menggunakan komponen daripada STI, termasuk untuk sistem brek dan suspensi. Paling menarik adalah enjinnya – ia menggunakan enjin turbo EJ20 yang digunakan Subaru untuk jentera GT300 yang bertanding di dalam SuperGT. Sangat menarik!
(Klik untuk galeri penuh)
Topic Berkaitan
#Subaru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan