KUALA LUMPUR:Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yakin parti berkenaan mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut beliau, kemenangan itu boleh dicapai sekiranya momentum penerimaan ramai terhadap Bersatu dapat diteruskan di bawah kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Rakan-rakan Armada semua, jika bertempur di medan juang, dialah panglimanya. Jika dilambung ombak di lautan, dialah nakhodanya.
"Di bawah karisma kepimpinannya, parti kita yang baru setahun jagung ini berjaya memecahkan monopoli dan melahirkan dua Perdana Menteri. Tidak lain dan tidak bukan, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, presiden kita!
"Alhamdulillah, Belanjawan 2021 juga sudah lulus di peringkat dasar. Jika kita kekalkan momentum hari ini, percayalah tuan-tuan, kita akan berjaya di pilihan raya akan datang, malah kembali dengan majoriti dua pertiga yang tidak pernah dicapai sejak hampir dua dekad!" kata Wan Ahmad Fayhsal ketika menyampaikan
ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 pada Sabtu.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ketiga ini disiarkan secara langsung menerusi Facebook berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.
Bersatu diasakan oleh bekas pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang PRU14.
Ekoran kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 menewaskan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, awal tahun ini, krisis politik yang tercetus menyebabkan Dr Mahathir membuat keputusan meletakkan jawatan dan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Dalam perkembnangan berkaitan, Ketua Armada itu berkata, usaha untuk mencapai kemenangan dalam PRU tidak boleh dilakukan Bersatu bersendirian tanpa rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).
Malah kekuatan dalam kepelbagaian parti itu sudah terbukti diterima umum susulan kemenangan PN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.
"Ini yang merupakan tawaran utama kita kepada warga Malaysia. Apabila semboyan pilihan raya sudah berbunyi, apabila ketumbukan kita berarak membentuk benteng dan formasi, kita gempur sebagai Pemuda
Perikatan Nasional," ujar Wan Ahmad Fayhsal.
Fareez Azman
Sat Nov 28 2020

Kemenangan Bersatu dalam PRU15 boleh dicapai sekiranya momentum penerimaan ramai terhadap parti itu dapat diteruskan di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin, kata Wan Ahmad Fayhsal. - Gambar fail

Agenda AWANI: COVID-19 | Setahun dilanda pandemik, di mana Malaysia sekarang?
Apa iktibar sepanjang setahun? Di mana kita sekarang? Diskusi Nazri Kahar bersama Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr. Khor Swee Kheng dalam Agenda AWANI jam 830 malam ini di saluran 501 dan astroawani.com.
![AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33214307461611579577681/1887166_18649241611611580053390_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - KKM jangka pelaksanaan PKP hanya empat minggu sahaja. - Anwar Ibrahim dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19. - Bersih 2.0 cadang dana politik tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk kurangkan rasuah. #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia
![[INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia [INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38080471381611579577687/1887164_8967789641611579924818_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia

AWANI Ringkas: Dana awam politik | 3 cadangan Bersih 2.0
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9688730311611579577710/1887162_8967789641611579825747_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021)

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Salah seorang panelis, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berpendapat, parti politik itu sendiri perlu mengambil inisiatif dalam meyakinkan pembayar cukai untuk tujuan berkenaan. Lazimnya, jelas beliau lagi, pembayar cukai perlu mengetahui sejauh mana ketelusan parti politik menguruskan wang, supaya ia tidak disalah guna bagi tujuan korup.

China perketat langkah disinfeksi, jamin keselamatan makanan import
China mengambil langkah memperketatkan proses disinfeksi produk makanan importnya bermula dari peringkat kastam sehingga ke rak pasar raya. Walaupun virus COVID-19 yang dikesan mungkin yang sudah tidak aktif dan tidak dapat menjangkiti individu, namun ia adalah sebagai langkah keselamatan tambahan.

Politik | Polisi awam berkaitan dana politik diperlukan
Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing. Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana berpotensi menjejaskan integriti.

Penduduk di komuniti lama Beijing nikmati naiktaraf infrastruktur
Penduduk bandar lama Beijing di Tianqiaowan yang dibina pada tahun 1995 kini menikmati hidup yang lebih baik dengan pelbagai naik taraf infrastruktur dilakukan. Ia selaras degan usaha untuk menjadikan ia sebagai pusat pentarbiran baharu Beijing.

COVID-19 | Austria wajibkan pemakaian pelitup muka jenis FFP2
Kerajaan austria mewajibkan pemakaian pelitup muka medikal jenis FFP2 di kedai dan pengangkutan awam dalam langkah terbarunya untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Ini kerana topeng itu dikatakan mempunyai penapis yang lebih baik berbanding pelitup muka jenis kain.

Vaksin COVID-19 menurut perspektif Islam
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Vaksinasi penting untuk kembali pulihkan ekonomi - MOSTI
Apabila imuniti kelompok tercapai maka penularan COVID-19 akan dapat dikawal kerana majoriti penduduk sudah memiliki ketahanan terhadap virus itu.

Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.