awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudahlah melombong bitcoin, curi elektrik pula

Bernama
Bernama
27/01/2024
05:52 MYT
Sudahlah melombong bitcoin, curi elektrik pula
Mohd Yusri berkata sindiket itu menyasarkan bangunan kedai dan rumah persendirian serta mengubah sistem pendawaian rumah tersebut dengan membuat penyambungan bekalan elektrik secara haram. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis menumpaskan sindiket menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin melalui serbuan ke atas tiga premis sindiket berkenaan di sekitar Jelapang dan Bercham pada Khamis dan semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sindiket itu menyasarkan bangunan kedai dan rumah persendirian serta mengubah sistem pendawaian rumah tersebut dengan membuat penyambungan bekalan elektrik secara haram membabitkan kerugian dianggarkan berjumlah RM45,294.28.
"Serbuan yang dilakukan bersama Tenaga Nasional Berhad itu, pihak polis turut merampas 137 unit mesin bitcoin dianggarkan bernilai RM68,500. Siasatan juga mendapati sindiket tersebut mampu mengaut keuntungan sehingga RM164,400 sebulan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Beliau juga mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui terdapat mana-mana individu atau premis disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.
"Orang ramai boleh mendapatkan bantuan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh yang beroperasi 24 jam di talian 05-2542222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlombongan mesin bitcoin
#sindiket
#TNB
#polis perak
#Curi Elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan