awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/09/2023
02:30 MYT
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Suhaizan Kayat ketika mengangkat sumpah jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat selesai mengangkat sumpah jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Dalam ucapan Johari selepas selesai majlis angkat sumpah, beliau mengucapkan tahniah kepada Suhaizan kerana diangkat sebagai Ahli Parlimen.
Johari turut menasihatkan Suhaizan dan semua Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform perdebatan yang bebas.
“Saya yakin Ahli Parlimen akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan terhormat seperti yang dituntut oleh institusi ini,” katanya.
Turut mengangkat sumpah jawatan adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Dewan Negara.
Nik Mohamad Abduh dipilih sebagai Senator Dewan Negara bagi penggal pertama yang dicalonkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September lepas, Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas Suhaizan memenangi kerusi tersebut.
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus ‘menamatkan kemarau’ kemenangan beliau.
Beliau memperoleh sebanyak 48,283 undi, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN).
Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai memperoleh 29,642 undi.
Ini sekali gus menyaksikan Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#PRK Parlimen Pulai
#Suhaizan Kayat
#angkat sumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan