awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhaizan stabil, henti sebar maklumat tidak tepat - Amanah Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2025
05:40 MYT
Suhaizan stabil, henti sebar maklumat tidak tepat - Amanah Johor
Aminolhuda (duduk, dua dari kiri) melawat Suhaizan yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.
JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor meminta semua pihak menghentikan penyebaran persepsi dan maklumat tidak sahih berhubung keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Ringkasan AI
  • Hentikan penyebaran maklumat tidak sahih: Amanah Johor meminta semua pihak menghentikan penyebaran persepsi dan maklumat tidak sahih mengenai kesihatan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.
  • Keadaan stabil: Suhaizan kini dalam keadaan stabil dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh pihak parti.
  • Doa dan sokongan: Amanah Johor menyeru rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Suhaizan.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, maklumat dan sumber diperoleh mengenai keadaan kesihatan Naib Pengerusi Amanah Johor itu telah mengundang panik dan mencetuskan pelbagai tanggapan serta teori yang mengelirukan.
Beliau menegaskan Suhaizan kini dalam keadaan stabil dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh pihak parti sendiri.
"Amanah Johor juga berharap agar segala persepsi ini dapatlah dihentikan dan tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan Suhaizan.
"Kami turut menyeru rakyat Malaysia agar terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Suhaizan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sebelum itu, Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, pada malam Selasa.
Beliau dimasukkan ke ICU kira-kira jam 11 malam kerana paras oksigen dalam badan yang rendah dan mengalami demam panas.
Suhaizan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September 2023 yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pulai
#Suhaizan Kaiat
#keadaan kesihatan
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan