KUALA LUMPUR: Mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata mekanisme itu diperkenalkan bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang, selain merupakan salah satu elemen mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku.
"Mekanisme kill switch ini mula dicadangkan untuk diguna pakai penganjur konsert susulan insiden kumpulan The 1975 yang berlaku di Good Vibes Festival tahun lepas.
"Insiden itu merupakan pertama kali berlaku melibatkan artis sewaktu persembahan, dan satu-satunya yang berlaku daripada 344 persembahan yang telah diluluskan pada tahun 2023," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Fahmi berkata mekanisme itu turut dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Garis Panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang sedang dipinda.
Menurutnya ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman terutamanya penganjur konsert baharu supaya membuat persiapan rapi dengan mengambil kira insiden negatif yang boleh berlaku sewaktu acara berlangsung.
Beliau berkata kerajaan telah memberikan inisiatif penurunan duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi persembahan artis luar negara pada tahun 2024, yang merupakan antara langkah untuk menarik lebih banyak lagi persembahan artis-artis luar negara ke Malaysia.
Sementara itu Fahmi berkata berkata cadangan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah dimuktamadkan dari segi dasar, dan telah dibentang dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Mac lepas.
Bagi menangani isu penyebaran berita palsu dan 3R pula, beliau berkata akta perundangan sedia ada, antaranya Seksyen 505 Akta 574 dan Seksyen 233 Akta 588, dilihat masih relevan bagi mengambil tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kerjasama erat antara agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa ditingkatkan berpandukan kedua-dua Akta 574 dan 588 bagi memastikan isu kandungan berita palsu dan 3R dapat dibendung dengan kadar segera," katanya.
Beliau berkata MCMC komited memberikan bantuan teknikal kepada PDRM dalam menjalankan siasatan secara telus dan berpandukan kepada garis panduan, tatacara dan prosedur serta peruntukan di bawah Akta 588 bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan dengan seadilnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Fahmi berkata mekanisme itu diperkenalkan bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang. - Gambar Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.
Suis pemati untuk konsert hanya digunakan dalam keadaan mendesak - Fahmi
Mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.