PHNOM PENH: Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023 di laluan di Angkor Wat, Siem Reap, hari ini.
Kejayaan pada perlumbaan sejauh 150.6 kilometer di kawasan berkenaan, yang terletak kira-kira 320 kilometer dari bandar ini, sangat bermakna apabila skuad berbasikal lebuh raya Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas.
Pencapaian tersebut sekali gus menyaksikan pelumba kelab benua Terengganu Cycling Team (TSG) itu menambah koleksi kemenangan selepas meraih perak menerusi acara kriterium elit lelaki, semalam.
Pada perlumbaan hari ini, Nur Amirull Fakhruddin selesa mendahului pelumba Indonesia Aiman Cahyadi yang meraih pingat perak sehingga garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 22 minit 50 saat.
Tonggak Filipina, Ronald Oranza turut melebarkan kutipan pingatnya apabila memenangi gangsa selepas memenangi pingat sama dalam acara kriterium. Ketiga-tiga pelumba mencatat masa yang sama.
SEA-BERBASIKAL 2 (AKHIR) PHNOM PENH
Nur Amirull Fakhruddin bersyukur dengan kejayaannya itu kerana pada Ramadan lepas, beliau sentiasa berdoa supaya pasukan negara memperoleh pencapaian terbaik di temasya kali ini.
"Sepanjang bulan Ramadan, saya banyak berdoa. Saya minta berilah satu kejayaan kepada pasukan Malaysia. Tak kira siapa yang menang asalkan kejayaan itu berpihak kepada skuad Malaysia.
"Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa saya. Paling manis saya menang pingat emas dalam acara kegemaran semua pelumba di rantau Asia Tenggara. Terima kasih kepada semua khususnya rakan sepasukan dan pengurusan di sini," katanya.
Perlumbaan tersebut dianggap antara yang terpantas dalam sejarah acara lepas beramai-ramai di temasya Sukan SEA dengan kelajuan purata 44.55 kmj.
Jurulatih skuad negara Mohd Sayuti Mohd Zahit memuji anak buahnya yang patuh kepada semua percaturan yang ditetapkan.
"Saya arah Nur Amirull Fakhruddin kawal Terry (Yudha Kusuma). Terry sangat berbahaya dan boleh melakukan kejutan. Apabila Terry nampak agak kurang bermaya, saya arahkan Nur Amirull Fakhruddin untuk terus ke hadapan.
"Nur Amirull Fakhruddin faham arahan saya dan syukur kita menang pingat emas pada hari ini," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan negara, Norazman Abu Samah mengakui tidak terkejut dengan kejayaan Nur Amirull Fakhruddin kerana percaya dengan keupayaan kesemua pelumba Malaysia pada perlumbaan di temasya kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023 di laluan di Angkor Wat, Siem Reap, hari ini. - Gambar Sinar Harian
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.