KOTA BHARU: Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki membuktikan beliau berada di kelas tersendiri selepas berjaya menyambar jersi polka dot (Raja Bukit) pada perlumbaan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, hari ini.
Lebih menarik pada perlumbaan sejauh 186.2 kilometer (km) dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, pelumba berusia 31 tahun itu merampas jersi tersebut daripada rakan sepasukannya Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff, selepas menakluk dua zon pendakian kategori empat di Setiu dan Pelong.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Nur Amirull membolot empat mata keseluruhan untuk mengungguli gelaran Raja Bukit, memintas Nur Aiman dengan tiga mata, setakat ini.
"Hari ini perancangannya untuk melakukan pecahan daripada peloton...paling tidak dapat mengacau mata di zon pendakian. Syukur, ia menjadi.
"Esok ada laluan berbukit yang panjang. Kalau boleh, sekiranya ada pecahan, jangan bagi yang ada mengumpul mata mengambilnya dan itu adalah perancangan kita hari ini dan ia menjadi," katanya selepas perlumbaan.
Nur Amirull berkata beliau mahu memberi tumpuan penuh padaperlumbaan peringkat ketiga dari Jeli ke Baling sejauh 183.1km esok, yang menawarkan empat zon pendakian membabitkan Jeli, Puncak Titiwangsa, Seri Banding serta Sungai Rui bagi mengekalkan penguasaan gelaran Raja Bukit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Pelumba Nur Amirull Fakhruddin Marzuki dari Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) melakukan breakaway meninggalkan kelompok utama ketika beraksi pada LTdL 2023 peringkat kedua hari ini.- Foto Bernama

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.
MEASAT berada di lapangan, beri perkhidmatan terus ikut kehendak pelangan
Pengerusi MEASAT Global Berhad, Rezza Hassan berkata demi memastikan perkhidmatan ketersambungan internet dapat memberi manfaat maksimum kepada pengguna luar bandar, MEASAT memastikan wakil perkhidmatannya berada dekat dengan pengguna. Jelasnya, ini salah satu keunikan MEASAT yang sememangnya berada dilapangan, dan membolehkan penyediaan perkhidmatan mengikut keperluan individu pelanggan.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
etua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, Yau Chyong Lim berkata MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu. Jelasnya, setakat ini MEASAT berjaya memberi sambungan internet kepada hampir 4,000 kampung yang meliputi hampir 500,000 populasi seluruh negara.
Amensty International Malaysia anjur festival sempena Hari Hak Asasi Manusia
Festival ini diadakan bertujuan memberi ruang kepada masyarakat memahami isu hak asasi kemanusiaan.

Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad
Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.
AWANI Borneo [10/12/2023] - 'Bumbung kita bumbung konkrit' | Tumpu bidang TVET | Kesihatan rakyat diutamakan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 10 Disember 2023
Tiga tonggak utama kepimpinan negara sepakat tiada lagi 'tebuk atap'bakal berlaku
Yusof Apdal cadang universiti awam di Lahad Datu
Sembilan lagi klinik kesihatan bakal dibina di luar bandar dan pedalaman Sarawak
#AWANInews
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANIBorneo 10 Disember 2023
Tiga tonggak utama kepimpinan negara sepakat tiada lagi 'tebuk atap'bakal berlaku
Yusof Apdal cadang universiti awam di Lahad Datu
Sembilan lagi klinik kesihatan bakal dibina di luar bandar dan pedalaman Sarawak
#AWANInews
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.