Skip to main content

Malaysia

Sukar kumpul bukti, lokasi cabaran laksana Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan - Arthur

Arthur (foto) berkata cabaran utama ialah mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Arthur (foto) berkata cabaran utama ialah mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Advertisement

Ringkasan AI

  • Penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan menghadapi cabaran besar dari segi bukti dan isu kedaulatan negara yang menjejaskan keberkesanan penguatkuasaan.
  • Malaysia kini menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan sebagai asas penguatkuasaan dan kerjasama serantau.
  • Malaysia akan mempengerusikan Sub-Regional Haze Community ASEAN tahun hadapan dan merancang tindakan transformasi untuk menangani isu jerebu secara lebih efektif.

PUTRAJAYA: Penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan berdepan cabaran besar khususnya dari segi mendapatkan bukti yang mencukupi serta isu kedaulatan negara yang boleh menjejaskan keberkesanan penguatkuasaannya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata cabaran utama ialah mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.

Jelasnya, kementerian telah beberapa kali meneliti kewajaran penggubalan undang-undang tersebut daripada pelbagai sudut termasuk kebolehlaksanaan.

"Perkara ini termasuk keperluan mendapatkan maklumat mengenai lokasi dan koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah, pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan serta bukti yang menghubungkan sesuatu kejadian kebakaran dengan pencemaran jerebu yang dialami di Malaysia.

"Secara lazimnya, ini semua maklumat yang melibatkan bidang kuasa, kerahsiaan serta kedaulatan negara yang berkenaan. Oleh itu, sebarang cadangan pengubalan undang-undang baharu ini perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan peruntukannya benar-benar boleh dilaksanakan dan dikuatkuasa secara berkesan," katanya pada sidang media Libat Urus Berhubung Jerebu, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Arthur berkata Malaysia ketika ini terus menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) sebagai asas penguatkuasaan terhadap pencemaran dan pembakaran terbuka yang berlaku dalam negara.

Di peringkat serantau pula, beliau berkata Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) kekal sebagai kerangka utama kerjasama negara anggota ASEAN dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, perjanjian itu mengiktiraf hak kedaulatan setiap negara, di samping tanggungjawab memastikan aktiviti dalam bidang kuasa masing-masing tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar atau menjejaskan kesihatan rakyat negara lain.

“Sekiranya Malaysia ingin mengambil langkah yang serupa, kita perlu memastikan usaha dan rang undang-undang itu berkesan, dan bukan setakat untuk memuaskan optik rakyat sahaja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Arthur turut memberikan contoh sebuah negara anggota ASEAN yang pernah cuba menggubal undang-undang seumpama itu kira-kira 10 tahun lepas, namun berdepan masalah ketika pelaksanaannya.

Katanya lagi, dalam Mesyuarat Peringkat ASEAN pada 9 Julai lalu, Malaysia telah membawa cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pencegahan, kesiapsiagaan serantau, serta pemantauan.

"Tahun hadapan akan menjadi giliran (Malaysia) mempengerusikan Sub-Regional Haze Community di peringkat ASEAN.

"Kita sedang buat beberapa kajian dan perancangan untuk memperkenalkan beberapa tindakan transformasi di Peringkat ASEAN berkaitan jerebu, dengan harapan kita dapat mengambil beberapa langkah yang lebih efektif dan konkrit apabila kita mempengerusikannya," kata Arthur.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah cabaran utama dalam penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan? 
    A: Cabaran utama ialah mendapatkan bukti yang mencukupi, maklumat mengenai punca pencemaran, serta isu kedaulatan negara yang boleh menjejaskan keberkesanan penguatkuasaan.
  • Q: Apakah undang-undang sedia ada yang digunakan Malaysia untuk menangani pencemaran dan pembakaran terbuka? 
    A: Malaysia menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) sebagai asas penguatkuasaan terhadap pencemaran dan pembakaran terbuka dalam negara.
  • Q: Apakah kerangka utama kerjasama serantau bagi menangani isu jerebu rentas sempadan? 
    A: Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) merupakan kerangka utama kerjasama negara anggota ASEAN dalam menangani isu jerebu rentas sempadan.
  • Q: Apakah cadangan yang telah dibawa Malaysia dalam Mesyuarat Peringkat ASEAN berkaitan jerebu? 
    A: Malaysia telah membawa cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pencegahan, kesiapsiagaan serantau, serta pemantauan.
  • Q: Apakah perancangan Malaysia apabila mempengerusikan Sub-Regional Haze Community di peringkat ASEAN tahun hadapan? 
    A: Malaysia sedang membuat kajian dan perancangan untuk memperkenalkan tindakan transformasi di peringkat ASEAN berkaitan jerebu, dengan harapan dapat mengambil langkah yang lebih efektif dan konkrit apabila mempengerusikannya.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement