KUALA LUMPUR:Prihatin dengan nasib dan kesusahan yang menimpa mangsa banjir di pantai timur, Persatuan Rekreasi Dan Kebudayaan 21 AD Jengka Pahang dengan kerjasama Anak Wayang Studio, Black Marea Racing dan Seri Pagi Maju Jaya menghulurkan bantuan dalam Misi Kemanusiaan Bantuan Banjir di sekitar Pahang.
Misi itu yang turut membabitkan kira-kira 40 sukarelawan terdiri daripada golongan belia, membantu mangsa banjir dengan membersihkan kawasan serta menyediakan makanan.
Pengerusi Persatuan Rekreasi Dan Kebudayaan 21 AD Jengka Pahang, Shahrul Efendi berkata, misi kali ini bertumpu di Temerloh, Maran Jengka, Chenor dan Pekan serta beberapa kawasan lain di daerah itu yang berdepan bercana banjir.
“Tujuan kami kali ini adalah membantu mangsa banjir yang mana saya bersama sukarelawan yang lain anggap ia sebagai jihad kerana dapat menolong mangsa banjir dengan tenaga.
“Kita prihatin dengan nasib penduduk yang menghadapi kesukaran membersihkan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur tebal.
“Sebanyak 10 penyembur air berkuasa tinggi digunakan untuk kerja-kerja pembersihan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Selain membantu penduduk membersihkan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir, bantuan makanan dan bekalan air bersih turut diagihkan.
Operasi bantuan itu berlangsung selama dua hari melibatkan 10 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van.
Maran dan Lipis antara daerah yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda Pahang.
Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan di beberapa daerah di negeri itu selepas banjir dilaporkan pulih sepenuhnya baru-baru ini.
Astro Awani
Sun Jan 24 2021

Misi yang membabitkan kira-kira 40 sukarelawan terdiri daripada golongan belia, membantu mangsa banjir dengan membersihkan kawasan serta menyediakan makanan. - Foto ihsan pembaca

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno, selatan Brazil.

Banjir Sarawak: 858 mangsa dipindahkan ke 12 PPS
Dua pusat pemindahan sementara baharu dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka, kedua-duanya di Samarahan.

Banjir Sarawak: 956 mangsa dipindahkan ke 16 PPS
Empat daerah merekodkan keadaan banjir, melibatkan 313 keluarga dan 956 mangsa.

Mangsa gelombang kedua banjir di Sarawak meningkat kepada 186 orang
Empat pusat pemindahan kini dibuka di dua daerah yang dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Sukarelawan Jengka berkampung bantu mangsa banjir Pahang
Operasi bantuan itu berlangsung selama dua hari melibatkan 10 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang
Antara daerah terjejas teruk akibat banjir setakat ini adalah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

Banjir: Sarawak, Pahang semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah kekal
Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

Beberapa negeri semakin pulih, Sarawak pula masih dilanda banjir
Keadaan banjir di beberapa negeri telah menunjukkan perkembangan baik dengan penurunan jumlah mangsa banjir, sebaliknya Sarawak masih banjir.

COVID-19: Pesakit mati lemas akibat kurang bekalan oksigen di Brazil
Bekalan oksigen hampir habis di beberapa hospital dan wad rawatan rapi penuh sehingga sejumlah pesakit diangkut ke negeri lain.