JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan dua anak kelahiran negeri tersebut iaitu penyanyi dan penulis lirik Gin Lee serta pelawak yang juga pelakon Ronny Chieng kerana menempa nama di persada antarabangsa.
"Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil.
"Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia," titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di laman Facebook rasmi baginda pada Sabtu.
Baginda bertitah Chieng yang sebelum ini membintangi filem 'Crazy Rich Asians' bersama pelakon popular Malaysia, Henry Goulding kini muncul dalam filem keluaran Marvel, 'Shang Chi and The Legend of The Ten Rings' yang akan ditayangkan di negara ini pada bulan depan.
"Beliau bermula sebagai pelawak terkenal sejak zaman universiti, di mana Chieng tampil bersama Trevor Noah pada tahun 2013. Kerjayanya diteruskan sebagai wartawan senior di 'The Daily Show' yang juga dihoskan oleh Noah.
"Beliau jelas tidak melupakan asal usul apabila menunjukkan pasport Malaysia dan fasih bertutur bahasa Melayu dengan mengatakan 'Johor Bahru kampung saya. Saya anak Malaysia' dalam sebuah video promo filem 'Shang Chi' sempena Hari Malaysia selain menggunakan perkataan 'lah' dan 'meh' dalam pertuturan harian," titah baginda.
Titah baginda, manakala Lee baru-baru ini telah berganding di atas satu pentas bersama penyanyi popular Hong Kong, Jacky Cheung dengan membawakan lagu duet 'Let the Street Lights Rest When the Sun Rises' di acara Miss Hong Kong 2021.
"Lee mengeluarkan album sulungnya berjudul 'One Only' pada 29 Dis 2009 selepas menjuarai pertandingan menulis lagu 'Malaysia's Universal Music'. Dua tahun kemudian, Gin Lee yang berhijrah ke Hong Kong mula dikenali sebagai penyanyi Cantopop selepas menguasai bahasa Kantonis.
"Beliau juga menghasilkan beberapa buah lagu popular dan sebuah album berjudul 'beGin'. Mewakili Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), album tersebut juga menjadikan beliau sebagai Penyanyi Wanita Terbaik pada tahun 2020 di acara AIM Chinese Music Awards," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor, titah Sultan Ibrahim yang menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan Gin Lee (kiri) dan Ronny Chieng (kanan). - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Ibrahim bangga kejayaan dua anak Johor di persada antarabangsa
Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor, titah Sultan Ibrahim.
Tengkujuh punca longgokan sampah di pantai Mersing
Penduduk daerah Mersing mendakwa longgokan sampah sarap khususnya di kawasan pantai adalah disebabkan musim tengkujuh.
'Sampai bila negeri Johor dan anak-anak Johor dianaktiri?' - TMJ
"Sampai bila negeri Johor dan anak-anak Johor dianaktirikan?"