ALOR GAJAH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kediamannya di Kampung Pulau di sini.

Sultan Ibrahim diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, tiba kira-kira 3 petang dan disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata.

Majlis terbuka berkenaan dijadualkan berlangsung bermula 3 petang hingga 11 malam ini dengan menyajikan pelbagai juadah kepada tetamu.

-- BERNAMA