awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim nasihat rakyat waspada cuaca kering dan risiko kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2025
09:24 MYT
Sultan Ibrahim nasihat rakyat waspada cuaca kering dan risiko kebakaran
Sultan Ibrahim menitahkan pihak berkuasa untuk terus mempertingkatkan rondaan jika terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara negara. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Sultan Ibrahim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada susulan cuaca kering ketika ini yang berupaya meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong menasihatkan orang ramai agar berwaspada susulan cuaca kering yang boleh meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu, terutama bagi golongan rentan.
  • Rakyat diminta menjaga kesihatan dan memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) secara berkala demi keselamatan awam.
  • Seri Paduka menitahkan pihak berkuasa memperhebat rondaan bagi menghalang pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, keadaan ini juga berisiko menjejaskan kesihatan penduduk, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap masalah pernafasan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa.
"Ini kerana keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat,” titah Seri Paduka Baginda dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Dalam masa sama, Sultan Ibrahim menitahkan pihak berkuasa untuk terus mempertingkatkan rondaan jika terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara negara.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#jerebu Malaysia
#IPU Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
#cuaca panas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan