Skip to main content

Malaysia

Sultan Ibrahim terima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi

[TB]_Sultan Ibrahim, Zambry Abd Kadir_Instagram officialsultanibrahim
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima menghadap Zambry di Istana Negara hari ini. - Foto Instagram Sultan Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Istana Negara.

Menurut hantaran di media sosial rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan oleh Zambry, mengenai perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Sultan Ibrahim sebelum ini berkenan menamakan Kursi Pengajian Melayu yang terletak di BFSU, dengan nama baginda, menjadikan nama baharunya sebagai Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim.

Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di BFSU merupakan Kursi Akademik keempat ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kursi akademik di bawah KPT itu telah ditubuhkan pada 2007 di BFSU bagi mengiktiraf peranan universiti itu yang konsisten dalam usaha pengembangan Bahasa Melayu di China.

BFSU merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus bahasa Melayu di China seawal tahun 1962, dengan mendiang Profesor Wu Zongyu sebagai pengasas dan perintisnya.

Memetik kenyataan di laman web KPT, penamaan Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim itu mengukuhkan lagi keakraban Malaysia dan China.

 

Must Watch Video

Advertisement