NATIONAL
Sultan Ibrahim ziarah makam Almarhum Tunku Abdul Jalil

Baginda Tuanku Sultan dilihat menyiram air mawar dan menabur bunga di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil. - Bernama
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menziarahi makam anakanda baginda, Almarhum Tunku Laksmana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini hari ini.
Menerusi beberapa gambar yang disiarkan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, baginda Tuanku Sultan dilihat menyiram air mawar dan menabur bunga di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil.
"Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 adalah putera keempat Sultan Johor dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, dan mangkat pada 5 Dis 2015 sewaktu berusia 25 tahun.
"Pada pagi tadi, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan yasin," menurut kenyataan berkenaan hari iniHadir sama, Pengarah YKTLJ Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ Mohd Ikmal Izam Zaini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami