KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan rasmi baginda yang kebetulan jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Ramadan.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berkenan meraikan hari keputeraan secara sederhana selepas berbuka puasa dengan memotong kek dan bersantap bersama kakitangan Istana.

“Terdahulu, pada pagi tadi DYMM Sultan Johor dipersembahkan cenderahati kek replika mahkota seberat 30 kilogram.

“Kek berkenan dipersembahkan kepada Baginda Tuanku Sultan daripada Country Garden Pacificview Sdn Bhd merupakan pemaju Forest City,” kata kenyataan itu lagi.

Baginda kemudian mengurniakan kek berkenaan kepada Masjid Dato’ Haji Mohd Lip Bin Bedu di Kem Sultan Ibrahim, di sini.

“Pada hari ini, DYMM Sultan Johor turut dipersembahkan cenderahati kek daripada kepemimpinan DAP Johor.

“Kek berkenaan dipersembahkan oleh Setiausaha Publisiti DAP Johor, YB Liow Cai Tung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya,” kata kenyataan berkenaan.