awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sultan Johor dan saya bersetuju saling berterus terang, tiada sembunyi-sembunyi' - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2019
11:00 MYT
'Sultan Johor dan saya bersetuju saling berterus terang, tiada sembunyi-sembunyi' - Tun Mahathir
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kiri) bersalaman dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkenan menghantar Perdana Menteri dengan menaiki Proton Saga ke Lapangan Terbang Senai hari ini. - Foto Bernama
Pelbagai isu berkaitan yang membabitkan rakyat dan Istana menjadi topik perbincangan diantara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.
Kata Tun Mahathir, pandangan beliau telah diterima baik oleh Sultan Ibrahim dalam pertemuan penuh mesra.
Katanya, kedua-duanya juga bersetuju untuk berterus terang di masa hadapan.
"Saya boleh berkomunikasi dengan Baginda (Sultan Ibrahim), kita bersetuju supaya kita lebih 'frank' (terbuka), bercakap secara berterus-terang dan tiada sembunyi-sembunyi. Baginda bagi pandangan Baginda, saya bagi pandangan saya,” kata beliau pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Johor.
Malah katanya beliau juga melahirkan persetujuan untuk bertemu dengan Sultan Ibrahim pada masa akan datang sekiranya diperlukan.
Ketika ditanya adakah pertemuan itu ada membincangkan tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Tun Mahathir berkata persoalan mengenai institusi Raja-Raja tiada kaitan dengan beliau.
"Itu soal Raja-Raja tidak ada kena mengena dengan saya," katanya ringkas.
Tun Mahathir sebelum itu dihantar oleh Sultan Ibrahim ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor selepas sesi pertemuan berlangsung bersama baginda di Istana Bukit Serene.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Perdana Menteri
#rakyat
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan