JOHOR BAHRU:Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menasihati rakyat di negeri itu supaya berhati-hati selepas banyak kawasan dinaiki air akibat cuaca tidak menentu ketika ini.
Baginda juga menitahkan kerajaan negeri, jabatan dan agensi berkaitan agar menyalurkan bantuan secukupnya kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di pelbagai daerah.
"Berlaku peningkatan mangsa banjir ekoran hujan lebat dan PPS juga dibuka di pelbagai daerah. Perlu diingatkan juga kepada semua agar terus menjaga keselamatan serta kesihatan diri agar penyakit tidak menular.
"Pada masa sama, saya amat berharap penduduk-penduduk khususnya di kawasan berisiko sentiasa berwaspada serta mematuhi nasihat pihak berkuasa untuk berpindah jika penempatan mereka dinaiki air," titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Johor yang dimuat naik oleh Royal Press Office iaitu Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor.
Sultan Ibrahim turut menasihati rakyat agar merancang perjalanan mereka bagi mengelak terkandas berikutan beberapa laluan utama dinaiki air.
"Disebabkan keadaan cuaca semasa, rakyat perlu lebih berhati-hati dan membuat perancangan sewajarnya. Sama-sama kita berdoa semoga keadaan akan kembali pulih," titah baginda.
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai di sini hari ini.
Ketibaan baginda pada kira-kira 4.15 petang disambut oleh Pegawai Daerah Johor Bahru Abdul Rahman Salleh.
Baginda sempat bertanyakan khabar mangsa banjir di pusat itu sebelum berangkat pulang kira-kira 15 minit kemudian.
Penghulu Mukim Plentong Mohd Nurul Faiz Aman, ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata Tunku Ismail turut mengingatkan beliau untuk mengumpul maklumat mangsa banjir bagi memudahkan agensi berkaitan menyalurkan bantuan selepas ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 03 2021
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menasihati rakyat di negeri itu supaya berhati-hati selepas banyak kawasan dinaiki air akibat cuaca tidak menentu ketika ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Agong sembahkan DK Pahang kepada Sultan Johor, terima DK Johor
Al-Sultan Abdullah berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Anwar, Zahid ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor
Perdana Menteri mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.