awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor murka Mersing kotor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
29/12/2020
08:31 MYT
Sultan Johor murka Mersing kotor
Sultan Ibrahim bertitah, Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani telah dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada tahun 2018. - Gambar fail
JOHOR BAHRU:Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat-tempat awam dipenuhi sampah sarap.
Baginda bertitah, Mersing yang merupakan sebuah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Baginda menegaskan, sekiranya tabiat ini berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.
"Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah.
"Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? "Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor," titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di laman Facebook rasmi baginda.
Sultan Ibrahim menegaskan, sekiranya sikap tidak mementingkan kebersihan berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.
Sultan Ibrahim menegaskan, sekiranya sikap tidak mementingkan kebersihan berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.
Baginda bertitah, Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani telah dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada tahun 2018.
"Mersing mempunyai potensi yang besar untuk terus dimajukan dalam sektor eko-pelancongan dan ia juga pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar.
"Saya ada pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rakyat juga perlu mainkan peranan menjaga kebersihan di sini. Tidak ada orang yang nak berkunjung ke tempat yang kotor," titah baginda.
Baginda turut bertitah mahu pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#murka
#Mersing kotor
#Mersing
#Muar
#Johor
#Bandar Maharani
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan