awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor tinjau perkembangan projek pembinaan RTS di Woodlands

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
21/07/2022
09:29 MYT
Sultan Johor tinjau perkembangan projek pembinaan RTS di Woodlands
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat melawat tapak projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link di Terminal Woodlands North, Singapura, hari ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat melawat tapak projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link di Terminal Woodlands North, Singapura, hari ini.
Baginda berkenan meninjau perkembangan semasa projek terbabit serta kemajuan kerja-kerja dilakukan yang kelak akan menjadi sistem pengangkutan rel baharu menghubungkan Johor - Singapura.
Pelaksanaan projek RTS Link itu bukan sahaja memberikan manfaat daripada segi sosio ekonomi, malah bakal mengubah landskap pengangkutan awam di Johor, selain terus mengeratkan hubungan dengan Singapura.
RTS Link merupakan sistem transit aliran ringan pertama dibina di Johor Bahru yang mana Johor merupakan pintu masuk utama di selatan negara.
Merangkumi pembinaan laluan sepanjang empat kilometer menghubungkan Terminal Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura, RTS Link dijangka beroperasi pada penghujung tahun 2026.
Pengangkutan rel ini juga dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor sehingga 35 peratus dan mampu menampung sehingga seramai 10,000 penumpang setiap jam melalui stesen di Bukit Chagar dan Woodlands.
Kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) akan ditempatkan di stesen Woodlands North dan Bukit Chagar dan ketika ini kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dengan kontraktor di kedua-dua pihak yakin projek itu mampu disiapkan tepat pada masanya.
Bahagian kerja infrastruktur Malaysia termasuk stesen kereta api, depoh dan 2.7 kilometer jejambat darat dan laut dikendalikan oleh MRT Corp iaitu anak syarikat Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd.
Pembinaan di sebelah Singapura bermula pada Mac 2021.
Stesen kereta api itu akan menjadi salah satu yang terbesar di republik itu apabila siap dan akan menyediakan pautan perjalanan yang lancar ke Laluan Thomson-East Coast dan stesen MRT Woodlands North.
Rapid Transit System Operations Sdn Bhd (RTSO), usaha sama antara Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corporation Ltd, akan menjadi pengendali pautan metro baharu ini.
Dalam hantaran yang dikongsi di laman sosial baginda, kenyataan itu turut menyebut, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan delegasi disambut Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Iskandar
#RTS
#Woodlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan