KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menzahirkan hasrat agar kadar pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat khususnya di negeri Kelantan dapat dipercepatkan.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, baginda menzahirkan hasrat berkenaan agar rakyat negeri ini dapat mencapai imuniti kelompok sekali gus membolehkan rakyat untuk kembali keluar mencari sumber pendapatan seperti sediakala.
Beliau berkata, Sultan Muhammad V turut menzahirkan perasaan teruja dan sangat gembira melihat rakyat Kelantan yang telah ramai mendaftar untuk menerima vaksin.
"Pada masa sama baginda memahami kekangan yang dihadapi oleh rakyat...ada yang terpaksa menunggu masa terlalu lama bagi mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
"Keprihatinan baginda sekali lagi diterjemahkan melalui titah baginda supaya Istana Balai Besar terus dibuka kepada rakyat sebagai tempat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Balai Besar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan kurniaan Sultan Muhammad V serta Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra kepada semua ketua jajahan di Kelantan sebagai simbolik penerimaan untuk diagihkan kepada rakyat terpilih yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Sumbangan berkenaan membabitkan sebanyak 1,600 bakul makanan yang akan diserahkan kepada setiap 10 jajahan termasuk 100 bakul untuk jajahan kecil Lojing.
Sementara itu, Tengku Azmi berkata setakat hari ini seramai 3,386 orang telah menerima suntikan vaksin dan 1,800 orang lagi akan menerima vaksin bermula hari ini hingga 19 Ogos menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan.
Katanya, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif seramai 5,186 orang menerima suntikan vaksin melalui Pejabat Sultan Kelantan.
"Namun begitu, pihak urus setia program pemberian vaksin COVID-19 anjuran Pejabat Sultan Kelantan ingin menegaskan bahawa penerima vaksin yang terpilih adalah mereka yang telah mendaftar melalui Pejabat Sultan Kelantan serta yang telah melepasi saringan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Perlu diambil perhatian juga bahawa pendaftaran secara 'walk-in' tidak akan diterima bagi mengelakkan orang ramai berkumpul dan berlakunya kesesakan," katanya.
Beliau berkata Sultan Muhammad V serta Tengku Muhammad Faiz Petra juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga untuk memastikan Malaysia khususnya negeri Kelantan bebas daripada penularan COVID-19.
"Baginda turut berdoa agar seluruh barisan hadapan yang sedang berjuang serta tidak mengenal erti penat lelah berkhidmat untuk masyarakat, diberikan kekuatan oleh Allah SWT bagi meneruskan perjuangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021

Sultan Muhammad V turut menzahirkan perasaan teruja dan sangat gembira melihat rakyat Kelantan yang telah ramai mendaftar untuk menerima vaksin. - Bernama

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.

Guna kepala surat Istana Kelantan, 4 individu ditahan
Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45-70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah berkenan, hari ini menerima menghadap Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.

Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Sultanah Kelantan membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Sultan Kelantan berkenan sertai majlis korban, sembelih dua ekor lembu
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama'ie MAIK.

Sultan Kelantan zahir rasa bangga prestasi kewangan negeri
Kerajaan Kelantan menerusi dasar kewangan yang komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan.

Sultan Muhammad V titah rakyat Kelantan terima vaksinasi
Ia supaya negeri Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok (suntikan vaksin 80 peratus) pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.

Istana Balai Besar, Kelantan dibuka kepada rakyat untuk pemberian vaksin
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19.

MAIK akan ambil tindakan terhadap pihak langgar SOP aktiviti keagamaan
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V