awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Mizan saran umat Islam sambut Aidilfitri ikut syarak

Bernama
Bernama
24/06/2017
14:15 MYT
Sultan Mizan saran umat Islam sambut Aidilfitri ikut syarak
Sultan Mizan bertitah di samping bergembira menyambut Aidilfitri, umat Islam perlu turut mengingati golongan yang kurang bernasib baik termasuk orang kelainan upaya (OKU) yang menyambutnya dalam keadaan kesulitan. - Gambar fail
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini agar tidak terlalu leka menyambut Aidilfitri di samping menyambutnya dengan mematuhi kehendak syarak.
Baginda bertitah umat Islam tidak harus bergembira sehingga melalaikan ibadat fardu, meninggalkan amalan ziarah, membuang masa, membazir, melakukan maksiat dan sebagainya.
"Rebutlah peluang ini dengan melaksanakan amalan puasa sunat Syawal kerana amalan ini pahalanya amat besar. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya adalah sama seperti berpuasa setahun".
Dalam perutusan sempena Aidilfitri, baginda turut bertitah agar umat Islam menyuburkan budaya saling bermaaf-maafan, mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama sendiri dengan mengunjungi sesama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.
Sultan Mizan bertitah di samping bergembira menyambut Aidilfitri, umat Islam perlu turut mengingati golongan yang kurang bernasib baik termasuk orang kelainan upaya (OKU) yang menyambutnya dalam keadaan kesulitan.
Titah baginda, golongan kurang bernasib baik antara lain terdiri daripada orang miskin, anak-anak terbiar, golongan gelandangan dan mereka yang berada di rumah orang tua.
"Ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita perlu insaf kerana terdapat saudara mara, kaum kerabat, jiran tetangga dan sahabat handai yang menyambut hari ini dalam keadaan sukar, bersendirian, daif dan sebagainya," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#golongan kurang bernasib baik
#ibadat
#perutusan
#puasa sunat
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Sultan Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan