KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menzahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak kes harian COVID-19 di negeri itu sejak pertengahan April lepas dengan semalam (5 Mei) merekodkan sebanyak 480 kes.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata baginda juga menzahirkan rasa dukacita apabila melihat ramai rakyat Kelantan masih mengambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
"Baginda turut menyeru semua supaya mengambil serius pematuhan SOP PKP yang ditetapkan. Baginda juga menekankan bahawa peranan semua pihak dalam usaha melandaikan lengkung jangkitan kes penularan COVID-19 adalah sangat penting," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, berikutan penularan varian Afrika Selatan B.1.351 yang telah dikesan di negeri itu, baginda menitahkan semua pihak terutamanya rakyat Kelantan, perantau mahupun golongan kenamaan atau selebriti supaya tidak merentas negeri sekiranya tiada kecemasan.
Nik Mohd Shafriman berkata Sultan Muhammad V juga menyarankan peniaga agar mengutamakan pengurusan perniagaan melalui atas talian.
"Baginda benar-benar berharap seluruh rakyat bekerjasama dalam melindungi ahli keluarga sekeliling dan berempati dengan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang telah banyak berkorban sejak awal pandemik demi mengekang penularan COVID-19 lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri minggu hadapan," menurut kenyataan itu.
Menurut Nik Mohd Shafriman, Sultan Kelantan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kakitangan KKM yang tidak mengenal penat lelah dalam berkhidmat untuk segenap lapisan masyarakat.
"Sempena minggu terakhir Ramadan ini, baginda turut mengajak semua rakyat berdoa ke hadrat Allah S.W.T supaya penularan COVID-19 dapat dibendung secepat mungkin serta tindakan kolektif diambil rakyat dapat segera melandaikan jangkitan wabak yang semakin membimbangkan," tambah Nik Mohd Shafriman.
Justeru, baginda mengingatkan seluruh rakyat Kelantan supaya sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan tangan untuk mengelak jangkitan wabak berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Persiapan PKRC Kota Bharu ke-6, dalam peringkat penyediaan, di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian. Sultan Kelantan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kakitangan KKM yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah. - Gambar hiasan
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus
Penarikan balik pingat Mohammad Agus itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
Guna kepala surat Istana Kelantan, 4 individu ditahan
Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45-70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.
Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah berkenan, hari ini menerima menghadap Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.
Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Sultanah Kelantan membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Sultan Kelantan berkenan sertai majlis korban, sembelih dua ekor lembu
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama'ie MAIK.
Sultan Kelantan zahir rasa bangga prestasi kewangan negeri
Kerajaan Kelantan menerusi dasar kewangan yang komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan.
Sultan Muhammad V titah rakyat Kelantan terima vaksinasi
Ia supaya negeri Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok (suntikan vaksin 80 peratus) pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.