Sultan Nazrin berangkat ke Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35

Sultan Nazrin Shah, dengan diiringi Greenwood, berkenan berangkat menghadiri The 35th Sultan Azlan Shah Law Lectures 2025 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 11 Dis 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Khamis berkenan berangkat menyempurnakan Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35, tahun 2025 di sini.
Ringkasan AI
- Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berangkat menyempurnakan Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35, tahun 2025 di sini.
- Syarahan tahun ini disampaikan oleh Christopher Greenwood dari United Kingdom, membincangkan tajuk Can International Law Make a Difference in Time of War, mengetengahkan peranan undang-undang antarabangsa dalam situasi konflik.
- Syarahan tersebut disiarkan secara langsung untuk pertama kalinya dan merupakan anjuran bersama Yayasan Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaya, menjadikannya siri syarahan undang-undang utama di Malaysia sejak 1986.
Sultan Nazrin yang juga Pengerusi Yayasan Sultan Azlan Shah, berkenan menyaksikan syarahan tahun ini yang disampaikan Master of Magdalene College, Cambridge Christopher Greenwood yang juga bekas Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari United Kingdom.
Dalam syarahannya Christopher membincangkan tajuk Can International Law Make a Difference in Time of War, menyentuh mengenai kaitan, batasan dan tanggungjawab undang-undang antarabangsa dalam situasi konflik yang sedang berlaku.
Buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, syarahan tersebut disiarkan secara langsung dan boleh ditonton di lawlecture.sultanazlanshah.com.
Syarahan itu merupakan anjurkan bersama Yayasan Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaya (UM).
Siri syarahan ini dianjurkan sebagai menghormati komitmen Sultan Azlan Shah terhadap kedaulatan undang-undang dan tadbir urus berperlembagaan, sekali gus menjadi siri syarahan undang-undang utama di Malaysia.
Sejak 1986, ia telah menampilkan hakim-hakim terkemuka, sarjana undang-undang dan pakar perundangan kanan dari serata dunia common law.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


