awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berangkat sempurnakan pembukaan persidangan IPMHE 2023

Bernama
Bernama
26/09/2023
06:28 MYT
Sultan Nazrin berangkat sempurnakan pembukaan persidangan IPMHE 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis pembukaan Persidangan Indo-Pacific Military Health Exchange (IPMHE 2023) di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan majlis pembukaan Persidangan Indo-Pacific Military Health Exchange (IPMHE 2023) di sini.
Keberangkatan tiba baginda pada 10 pagi disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Persidangan empat hari itu yang bermula hari ini adalah persidangan perubatan ketenteraan bagi siri keenam di rantau Indo-Pasifik dan Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan yang sama pada 2016 di Kuantan, Pahang.
Bertemakan "Achieving Health Solutions Through Diversity and Inclusivity", persidangan itu bertujuan untuk pertukaran pendapat serta berkongsi isu melibatkan perubatan ketenteraan, bantuan kemanusiaan dan bencana, keselamatan kesihatan, penyakit berjangkit, kemajuan dalam bidang pengurusan mangsa serta hala tuju perubatan ketenteraan.
Persidangan yang dihoskan bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) itu disertai oleh 500 peserta dari 24 negara antaranya Australia, Bangladesh, Brunei, Kanada, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Jordan, Malaysia, Maldives dan Mongolia.
Secara keseluruhan, program saintifik persidangan kali ini akan membentangkan sebanyak empat ceramah, tiga plenari, 12 simposium, dua forum, dua bengkel dan 74 pembentangan.
Perbincangan dua hala dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan dan kesihatan ketenteraan antara ketua-ketua delegasi dari negara peserta juga akan turut diadakan selain lawatan ke Hospital Medan ATM sempena Eksesais Starlight 2023 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 28 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#IPMHE 2023
#Indo-Pacific Military Health Exchange
#Mohamad Hasan
#Mohammad Ab Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan