awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berkenan lancar logo baharu MIM

Bernama
Bernama
17/08/2022
22:30 MYT
Sultan Nazrin berkenan lancar logo baharu MIM
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim bergambar sempena majlis Jamuan Malam Gala Diraja bagi memperingati ulang tahun ke-55 MIM. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan logo baharu Institut Pengurusan Malaysia (MIM) sempena majlis Jamuan Malam Gala Diraja bagi memperingati ulang tahun ke-55 institut itu.
Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudiannya diiringi oleh Presiden MIM, Tun Hanif Mohammed Omar, ke pameran yang mempaparkan video pendek sejarah dan kejayaan institut itu selama ini.
Hanif, dalam ucapan alu-aluannya, berkata segi tiga pada logo baharu tersebut ialah angka geometri melambangkan kekuatan dengan garisan ringkas namun jelas menghala ke atas untuk menumpu pada mercu kerana institut itu bertujuan untuk menuntut semula kedudukannya sebagai organisasi pengurusan terulung di Malaysia.
"Seketika kita menghormati masa lalu dan meraikan masa kini, ia adalah untuk masa depan yang kita berusaha. Dan masa depan ini akan sentiasa melibatkan Institut memandang ke depan, sentiasa mencari cara yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pengurus.
"Saya menantikan masa depan di mana MIM terus menikmati sokongan kementerian dan pemain industri berkaitan. Saya yakin, ia juga akan menjadi masa depan di mana organisasi terus memainkan peranan positif dalam pembangunan bakat negara," katanya.
Pada majlis tersebut, Hanif turut mempersembahkan buku mewah 'Coffee Table Book' Ulang Tahun ke-55 MIM kepada Sultan Nazrin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sultan nazrin
#logo baharu
#MIM
#Jamuan Malam Gala Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan