NATIONAL
Sultan Nazrin berkenan lawat anggota FRU dirawat di HTI, santuni waris

Sultan Nazrin berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada ahli keluarga ketika berangkat melawat anggota FRU yang dirawat di Hospital Teluk Intan hari ini. - Foto Bernama
TELUK INTAN: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menziarahi dan menyantuni anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit dalam kemalangan maut di sini Selasa lepas.
Ringkasan AI
- Sultan Nazrin Shah Menziarahi Mangsa: Baginda berkenan melawat anggota FRU yang cedera akibat kemalangan maut di Teluk Intan serta menyantuni ahli keluarga mereka di Hospital Teluk Intan.
- Sumbangan Peribadi: Selain meluangkan masa bersama mangsa dan keluarga, Sultan Nazrin turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada mereka sebagai tanda keprihatinan.
- Kemalangan Tragis: Nahas melibatkan trak FRU dan sebuah lori batu menyebabkan sembilan anggota maut serta sembilan lagi cedera dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam.
Baginda kemudian berkenan menyantuni ahli keluarga anggota yang berada di hospital itu serta menyerahkan sumbangan peribadi kepada kesemua mangsa cedera akibat nahas berkenaan.
Sultan Nazrin meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi dan menyantuni mereka sebelum berangkat pulang.
Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami