awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak

Bernama
Bernama
23/11/2024
11:32 MYT
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan menyampaikan sumbangan semasa berangkat ke Rumah Terbuka Deepavali Kerajaan Negeri Perak yang diadakan di Stadium Indera Mulia, hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim.
Ketibaan baginda pada 3.30 petang disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.
Baginda berdua kemudian berkenan menyertai majlis santapan dengan diiringi persembahan tarian tradisional India antaranya tarian Merak, Bharathanatyam dan nyanyian pada sambutan yang dihadiri kira-kira 8,000 pengunjung itu.
Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 67 anak-anak yatim dari Pusat Penjagaan 1 Malaysia Perak, Pusat Jagaan Gembala Baik, Pusat Jagaan Vision Home, Pusat Jagaan Pelangi Perak dan Yayasan Amanah An-Anur Maisarah.
Sementara itu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata majlis berkenaan sekali lagi menyerlahkan keunikan negeri Perak sebagai 'Mini Malaysia', menyaksikan rakyat berbilang etnik dan budaya sentiasa teguh menyulam semangat kebersamaan, meraikan perbezaan, dan memperkukuh jalinan keharmonian.
"Pun demikian, dalam waktu-waktu terbelakang ini, keamanan dan keharmonian rakyat berbilang kaum sering sahaja dibayangi sentimen perkauman dan agama, sehingga hubungan dalam masyarakat sentiasa diasak supaya terbungkam jatuh dalam jurang perpecahan dan permusuhan.
"Mutakhir ini, naratif kebencian sewenang-wenang ditiup dengan menyalakan api permusuhan. Isu yang berlegar dalam masyarakat dipolemikkan mengikut neraca kaum dan agama demi mengejar laba politik yang akhirnya menggugat keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat," katanya.
Sehubungan itu, Saarani mengajak rakyat Perak sederap dan senada, menyuburkan nilai-nilai kebaikan dengan menggembleng usaha membina perpaduan.
"Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama membina kerukunan selain berusaha mengeratkan persefahaman dan mengukuhkan persaudaraan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Shah
#sambutan Deepavali negeri Perak
#persembahan tarian tradisional India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan