awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin sertai 5,000 peserta larian Hari Keputeraan Sultan Perak

Bernama
Bernama
13/11/2016
06:56 MYT
Sultan Nazrin sertai 5,000 peserta larian Hari Keputeraan Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah di Dataran Pavillion hari ini. - FotoBERNAMA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, bekas Speaker Dewan Rakyat dan Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib serta anggota exco kerajaan negeri.
Larian yang diadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 Nov lalu disertai kira-kira 5,000 orang dari dalam dan luar negara.
Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km manakala peserta kategori tetamu kehormat yang melibatkan jarak 2km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.
Acara yang bermula pada 6.20 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran dua pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly serta Siti Noor Radiah Ismail yang meraih gangsa pada temasya itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Larian Hari Keputeraan Sultan Perak
#Sultan Nazrin Shah
#Tuanku Zara Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan