awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2016
05:58 MYT
Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melafaz takbir bersama para qariah semasa Tuanku berkenan menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah. Turut berkenan berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa. - Foto Bernama
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai lebih 1,500 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Raja Musa Mahadi, di sini hari ini.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.
Ketibaan baginda sekitar 8.35 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan diiringi barisan Exco Negeri Perak.
Antara yang turut serta dalam solat sunat tersebut seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Solat sunat Aidil Adha yang berlangsung hampir dua jam itu diimamkan Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd. Muzaffar Syed Azlan.
Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dan meluangkan masa bersamalam dengan para jemaah sebelum berangkat ke Istana Cempaka Sari bagi menghadiri Majlis Jamuan Aidil Adha.
Topic Berkaitan
#Jalan Raja Musa Mahadi
#Masjid Sultan Azlan Shah
#menunaikan solat sunat Aidil Adha
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan