awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang dukacita nahas di Genting Highlands

Bernama
Bernama
21/08/2013
23:36 MYT
Sultan Pahang dukacita nahas di Genting Highlands
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang berkenan melawat lokasi kemalangan bas ekspres di Genting Highlands malam tadi melahirkan rasa dukacita terhadap nahas tragis yang mengorbankan 37 mangsa dan 16 penumpang cedera. Baginda, yang tiba di lokasi kejadian sejak pukul 6.40 petang, bertitah bahawa baginda telah berbincang dengan pihak pengurusan Genting Highlands untuk menanggung perbelanjaan. "Saya dah cakap dengan Genting Highlands (Kumpulan Genting), apa juga perbelanjaan yang dibuat hari ini akan ditanggung oleh Genting Highlands. "Saya akan berjumpa dengan OCPD (Ketua Polis Daerah Bentong) untuk pendapat berkenaan dengan apa jua bentuk pertolongan yang diperlukan keluarga mangsa," titah baginda semasa ditemui pemberita. Sultan Pahang yang kelihatan sebak berkata baginda mahu bersama rakyat untuk membantu dan memberi pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama. Kemalangan berlaku di KM3.5 Jalan Genting Highlands kira-kira pukul 2.45 petang Rabu ketika bas yang membawa 53 penumpang termasuk beberapa warga asing itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#kemalangan bas
#Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan