awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota FRU

Bernama
Bernama
14/05/2025
03:10 MYT
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota FRU
Baginda berdua menyifatkan, kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, Perak semalam.
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan, kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.
"Baginda berdua amat dukacita atas pemergian kesemua wira negara yang telah menabur bakti serta menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan," menurut hantaran tersebut.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh kesemua mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
"Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan serta lindungan Ilahi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," titah baginda berdua.
Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam, sembilan anggota FRU maut apabila kenderaan dinaiki mereka semasa berkonvoi untuk ke kembali Ipoh selepas penugasan di Teluk Intan, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu.
Lapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota FRU
#maut kemalangan
#Sultan Pahang
#Tengku Ampuan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan