awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang titah kerajaan pertimbang semula pembinaan R&R di LTU

Bernama
Bernama
10/10/2024
22:10 MYT
Sultan Pahang titah kerajaan pertimbang semula pembinaan R&R di LTU
Al-Sultan Abdullah menitahkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan hentian Rehat dan Rawat (RR) di Lingkaran Tengah Utama (LTU). - Gambar fail Bernama
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan hentian Rehat dan Rawat (RR) di Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Baginda bertitah, keperluan RR di lebuh raya berkenaan penting untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna sekali gus mengelak masalah pembuangan sampah serta kekotorn di pinggir jalan akibat ketiadaan kemudahan tandas.
“Keputusan untuk tidak melaksanakan satu daripada komponen penting dalam projek lebuh raya itu dilihat akan menyukarkan usaha penyelesaian beberapa isu berkaitan antaranya, keperluan asas orang ramai yang menggunakan lebuh raya berkaitan,” titah baginda dalam laman Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda berharap pihak berkaitan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk meneruskan pembinaan infrastruktur berkenaan bagi kepentingan orang ramai terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang telah membuat permohonan RR dapat dibina di LTU (dalam daerah Bentong) bagi memberi kemudahan kepada pengguna.
Bagaimanapun, RR tersebut tidak diteruskan dengan alasan kos pembinaan mencecah dua kali ganda daripada kos asal walaupun ia berada dalam skop projek dan hanya penyediaan platform serta infrastruktur sahaja yang dilaksanakan.
Pada Rabu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Ahli Parlimen Pahang untuk membangkitkan isu pembinaan RR berkenaan pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#LTU
#R&R
#Lingkaran Tengah Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan