Sultan Selangor berangkat ke majlis doa selamat sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-80

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Sultan Selangor ke-80. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-80.
Ringkasan AI
- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadiri majlis bacaan Yasin, tahlil, dan doa sempena ulang tahun ke-80 baginda, dihadiri oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
- Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 1,000 jemaah serta kepimpinan kerajaan negeri dan pasukan keselamatan Selangor, yang menekankan peranan institusi kesultanan dalam Islam dan tugas Sultan sebagai Ulil Amr.
- Khutbah yang disampaikan bertajuk 'Kesejahteraan Ummah di Bawah Naungan Sultan Berdaulat' menekankan keadilan pemerintahan, peranan Sultan dalam memelihara agama, serta pentingnya sokongan rakyat dalam usaha pembangunan negeri.
Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Anhar itu disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk barisan kepimpinan kerajaan negeri serta pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Selangor.
Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk 'Kesejahteraan Ummah di Bawah Naungan Sultan Berdaulat' yang disampaikan Muhammad Farhan yang turut mengimamkan solat Jumaat.
Antara lain khutbah itu menjelaskan bahawa institusi kesultanan dalam Islam tidak hanya dilihat dari lambang takhta dan kedudukan sahaja tetapi ia merupakan pasak kepada keadilan sesebuah pemerintahan.
Khutbah turut menyentuh peranan Sultan sebagai Ulil Amr (pemerintah) yang memikul amanah besar dalam memelihara agama, menyatupadukan rakyat dan memastikan keadilan pemerintahan.
Khutbah ditutup dengan pesanan agar rakyat menghayati peranan Ulil Amr, menyokong usaha pembangunan negeri dan mensyukuri nikmat keamanan disamping mendoakan kesejahteraan berterusan buat Sultan Sharafuddin serta seluruh rakyat jelata di bawah naungan kepimpinan baginda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


