awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor bimbang individu balik kampung sempena Aidiladha

Bernama
Bernama
19/07/2021
06:52 MYT
Sultan Selangor bimbang individu balik kampung sempena Aidiladha
Sultan Sharafuddin menasihati umat Islam agar menyambut Aidiladha di rumah masing-masing demi mengelakkan penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda sekiranya masih ada individu yang berdegil untuk pulang ke kampung di luar daerah sempena perayaan Aidiladha esok.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, baginda mengambil kesempatan menasihati umat Islam agar menyambut Aidiladha di rumah masing-masing demi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
"Baginda masih berdukacita kerana perayaan umat Islam yang sepatutnya disambut dengan semangat kesatuan ummah bagi mengeratkan ukhwah ini, terpaksa diadakan dalam keadaan yang terhad dan waspada.
"Baginda berharap sambutan kali ini diraikan dalam suasana sederhana dan setiap aktiviti membabitkan ibadah korban dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," menurut hantaran tersebut.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
Sultan Sharafuddin juga mahukan umat Islam berterusan memanjatkan doa setiap kali selepas solat agar rakyat terus dilindungi dan dijauhkan daripada musibah wabak COVID-19 dan kematian.
Baginda turut menggesa orang Islam supaya mengukuhkan perpaduan dan teguh bersatu hati menuruti setiap perintah Allah SWT serta tidak mengadu domba dan bertelingkah mengenai isu-isu remeh yang tidak bermanfaat.
Sementara itu baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Aidiladha
#hari raya
#balik kampung
#COVID-19
#Ibadah Korban
#SOP
#JAIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan