SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat negara itu atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office, baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, Ratu Elizabeth II akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan dan dikasihi sebagai seorang Ratu yang mendedikasi seluruh kehidupannya untuk rakyat.
"Pemerintahan baginda boleh disifatkan sebagai suatu kewajipan, dedikasi dan komitmen kepada negaranya dan negara-negara Komanwel. Baginda dikagumi dan dihormati di seluruh dunia sebagai tokoh kestabilan dan perpaduan sepanjang hayat yang membawa perubahan besar," menurut kenyataan itu.
Ratu Elizabeth II pernah melawat Malaysia beberapa kali dan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Istana Alam Shah di Klang pada 1972 dan 1989, sebagai sebahagian daripada Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) dan melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
"Sultan Sharafuddin turut berkenan untuk berangkat ke majlis santapan di atas kapal HMS Britannia semasa kapal itu berlabuh di Pelabuhan Klang pada 1972 dan 1989, atas jemputan Ratu Elizabeth II.
"Ratu Elazabeth II sentiasa bermurah hati dan sering terlibat dalam perbincangan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan rakyat Selangor dan Malaysia," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Gambar kenangan Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Ratu Elizabteh II yang dikongsi baginda dalam halaman Facebook Selangor Royal Office.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.
Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu
Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.
Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu
Pengaruh Raja Britain baharu iaitu Raja Charles III dilihat sukar menandingi era kegemilangan pemerintahan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II.
Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.
Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain
Istiadat kemahkotaan Raja Britain Raja Charles III telah berlangsung Westminster Abbey London pada Sabtu.
Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan
Polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu pada pagi ini.
Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain?
Dengan pertabalan Raja Charles III menaiki takhta, Camilla bakal menjadi Permaisuri Britain yang baharu sekali gus mengambil peranan baharu di sisi Raja Charles III.
Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales
Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 14 November 1948 di Buckingham Palace, London, England.
Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat
Ini berbeza daripada jalan perarakan yang pernah diambil bondanya Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.
Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati
Raja Charles memilih untuk melawat Jerman, negara pertama dikunjunginya selepas menaiki takhta tahun lepas.