SHAH ALAM:Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Istana Alam Shah dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Selangor Royal Office hari ini menyatakan baginda turut berpesan kepada yang terpilih menyertai pergerakan membawa pedati ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves supaya mematuhi SOP ketat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Melihat kepada statistik terkini COVID-19 di Selangor sejak dua bulan lepas yang menunjukkan peningkatan ketara angka kes positif dan jumlah kematian, baginda menasihatkan supaya semua rakyat terus mengikuti garis panduan dinyatakan dengan tegas oleh pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tetap berharap perayaan Thaipusam kali ini diraikan dalam suasana harmoni serta aman.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di Selangor dan seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah. - Bernama

Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.

Keyakinan masyarakat Cina terhadap PH semakin berkurang - Dr Robert
Tahap keyakinan masyarakat Cina yang merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu sendiri.

Liverpool kalah kepada Chelsea, Salah merajuk atau tidak cergas?
Salah memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi.

Vaksin COVID-19: DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
Pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perlis untuk lawatan kerja bagi meninjau lokasi PPV COVID-19 selain bertemu dengan kepimpinan PN.

Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata

PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.03 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup pada petang urus niaga Khamis.

UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15. Apa maksud disebalik keputusan ini?
Susulan pengesahan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15. Ia sekaligus membawa satu perubahan baru dalam jajaran kerajaan itu sendiri pada pru akan datang. Kami mendapatkan pakar untuk menjelaskan situasi politik semasa ini. Kita terus ke talian Skype bersama penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali.

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 0.04 mata kepada 1,581.3 daripada 1,581.26 semasa ditutup pada petang Khamis.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Jamali Shadat
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Jamali Shadat.

Sultan Selangor zahir kebimbangan mengenai peningkatan gejala rasuah dan penyebaran berita palsu
Tegas Baginda, rasuah dan fitnah yang semakin berleluasa ketika ini adalah musuh utama yang menular dalam kalangan masyarakat serta dikhuatiri menghancurkan negara.

Pelihara, pulihara bangunan bersejarah, titah Sultan Selangor
Kebanyakan bangunan itu yang terletak di sekitar Kuala Lumpur memiliki nilai sejarah yang sangat tinggi serta masih menjadi tumpuan destinasi pelancongan di ibu negara.

Sultan Selangor titah sambutan Thaipusam secara sederhana, patuh SOP
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri titah rakyat tidak abai tanggungjawab lindungi haiwan terbiar
Baginda berdua melahirkan rasa dukacita dan terkilan kerana masih ada lagi individu serta pihak tertentu sengaja berlaku kejam terhadap haiwan berkenaan.

Solat Jumaat, fardu di Selangor dibenarkan ikut jumlah jemaah ditetapkan
JAIS membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas.

Jalan Universiti diganti dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer merupakan antara jalan utama menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, dibina pada 1960.

Mengenang Tun Rahah: Sultan Perak, Sultan Selangor antara yang hadir di Masjid Ar-Rahah
Kenderaan yang membawa Sultan Sharafuddin tiba di pekarangan masjid kira-kira jam 9.30 pagi sementara kenderaan yang membawa Sultan Nazrin, kira-kira jam 9.50 pagi.

Pemergian Prof Ungku Aziz: Sultan Selangor zahir ucapan takziah buat keluarga
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz yang meninggal dunia petang tadi.