SABAK BERNAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan membuatkan umat Islam terus lemah di negara ini.
Sultan Sharafuddin turut menegaskan, nescaya Melayu akan hilang kuasa memerintah negara malah akan menjadi satu bangsa yang mundur dan terpinggir di negara sendiri.
Baginda bertitah peristiwa yang berlaku di beberapa negara Islam terutamanya di Timur Tengah dan sejarah keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka juga boleh diambil iktibar serta tauladan.
"Ini bagi menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan yang hebat juga boleh runtuh akibat perpecahan dan permusuhan dalam kalangan umat Islam.
"Malah, apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah orang Melayu telah berpecah kepada banyak golongan kerana perbezaan fahaman politik walaupun pada asasnya parti-parti politik tersebut mempunyai matlamat yang sama iaitu mendaulatkan Islam dan mempertahankan hak-hak serta kepentingan orang Melayu," titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Al-Ma'arufiah, Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, di sini, hari ini.
Sultan Sharafuddin menyeru agar semua nazir dan imam di negeri tersebut supaya memandang serius tentang perkara itu dan memastikan institusi itu memainkan peranan sebagai pusat perpaduan umat Islam melalui ibadah, dakwah, pengajian dan program kemasyarakatan.
Malah, baginda turut mengingatkan supaya program-program tersebut tidak dipergunakan untuk kepentingan golongan-golongan tertentu.
Baginda turut menasihati rakyat Selangor agar sentiasa mengelakkan daripada sebarang sengketa dan permusuhan sesama sendiri.
"Beta sedar bahawa dalam kalangan rakyat Beta akan ada perbezaan fahaman dan pandangan sama ada dari segi politik dan pendekatan pentadbiran negara. Namun, Beta mengharapkan agar perbezaan ini tidak menjadi punca dan pencetus kepada sebarang perpecahan, pertelingkahan dan permusuhan dalam kalangan umat Islam amnya dan orang Melayu khususnya," titahnya.
Dalam pada itu, baginda turut menyentuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka berlangsung pada Jun atau Julai ini dengan menasihatkan rakyat supaya memilih pemimpin amanah, bertanggungjawab dan tidak mengamalkan rasuah.
"Beta juga mengingatkan semua pihak agar berhemah semasa berkempen dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Elakkan dari perbuatan fitnah-memfitnah serta menyebarkan berita-berita palsu, menghasut rakyat untuk membenci terhadap mana-mana pihak atau pun mana-mana kerajaan ketika tempoh kempen pilihan raya diadakan," tegas Baginda.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan Adilfitri kepada 478 asnaf, fakir, miskin dan mualaf serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan membuatkan umat Islam terus lemah di negara ini. - Foto BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Keputeraan Sultan Selangor: Wan Ahmad Dahlan, Faisal Halim antara penerima darjah, bintang kebesaran
Seramai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79 pada Rabu.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.
Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekal nama UPM
Mohamad juga berkata beliau mengambil maklum keputusan Baginda Sultan dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan lagi.
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
Sultan Sharafuddin isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark Kebangsaan pertama Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.
AGC masih teliti representasi kedua Muhammad Sanusi, perbicaraan ditunda 10 Disember
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut.
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.