awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau

Bernama
Bernama
17/04/2024
08:45 MYT
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Kunjungan hormat dan ziarah baginda itu adalah bagi melihat sendiri keadaan kesihatan sebenar Tuanku Syed Sirajuddin, sekali gus menyantuni keakraban dalam kalangan Raja-Raja Melayu. - Foto Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis semalam.
Keberangkatan baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Menurut hantaran menerusi Facebook Selangor Royal Office, kunjungan hormat dan ziarah baginda itu adalah bagi melihat sendiri keadaan kesihatan sebenar Tuanku Syed Sirajuddin, sekali gus menyantuni keakraban dalam kalangan Raja-Raja Melayu.
Baginda berdua yang tiba di Istana Arau kira-kira 11 pagi meluangkan masa serta beramah mesra bersama Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid hingga lewat petang.
"Baginda berdua kemudian berkenan mengiringi Raja Perlis kembali ke Wad Diraja Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, sebelum berangkat pulang ke Shah Alam," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#ziarah
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin
#Istana Arau
#Tengku Permaisuri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan