Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru semua pihak supaya tampil membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) membangunkan tanah wakaf yang berpotensi dimajukan di negeri itu.
Baginda bertitah setakat ini, terdapat 704 lot tanah wakaf dengan pelbagai tujuan antaranya wakaf tapak masjid; surau; tapak kubur; wakaf kepada anak yatim dan pendidikan agama di Terengganu.
Sultan Terengganu bertitah daripada tanah-tanah wakaf itu, terdapat tanah yang berpotensi dimajukan, namun ia tidak dapat dilaksanakan memandangkan Maidam kekurangan dana bagi tujuan tersebut.
"Beta mengharapkan supaya ada pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri, swasta atau institusi kewangan yang sudi tampil untuk bersama Maidam bagi membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan dan bersedia untuk bekerjasama dengan menyumbangkan dana bagi pembangunan hartanah wakaf.
"Ini demi mempertingkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat di negeri ini terutamanya rakyat miskin," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara Tahun 2016 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sultan Mizan bertitah Maidam pada masa ini juga sedang mempergiatkan usaha mempromosi wakaf tunai dalam umat Islam di negeri ini.
Baginda bertitah dana wakaf tunai tersebut akan ditukar dengan aset kekal melalui pembangunan tanah wakaf sedia ada, pembelian aset yang strategik dan bernilai komersial seperti pembelian rumah kedai, pejabat atau membangunkan tanah perkilangan dan perladangan.
Islam menggalakkan umatnya untuk bersedekah dan menginfaqkan harta terutama untuk tujuan wakaf, titah baginda.
Baginda bertitah wakaf bukan hanya suatu ibadat untuk memperolehi pahala semata-mata tetapi ia juga merupakan instrumen bagi pengukuhan ekonomi dan sosial umat Islam.
"Secara jelasnya dengan berwakaf ia secara tidak langsung akan dapat memartabatkan agama dan juga dapat mempertingkatkan sosio ekonomi umat Islam sehingga dapat mengurangkan kemiskinan dalam kalangan umat Islam," titah baginda.
Sementara itu, Yang Dipertua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail yakin pihaknya dapat membangunkan 704 lot tanah wakaf bernilai RM111 juta dalam tempoh lima tahun lagi berdasarkan sambutan positif terhadap wakaf tunai yang dilancarkan sejak Januari lepas.
"Memang agak sukar untuk membangunkan tanah wakaf itu mengikut hasrat pewakaf kerana kita kekurangan dana, namun dengan adanya wakaf tunai ini, ia boleh digunakan untuk memajukan tanah wakaf tersebut mengikut kesesuaian.
"Sejak Januari lalu, kita berjaya mengumpul sebanyak RM850,000 wakaf tunai dan ia hanya baru dibuka untuk petugas Maidam sahaja, jadi kita akan promosikan kepada kakitangan kerajaan, swasta dan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan itu.
Katanya Maidam akan bekerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia untuk melaksanakan pemotongan gaji kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan yang mahu menyumbang untuk dana wakaf tunai Terengganu melalui Perbendaharaan Negara.
Beliau berkata kesemua lot tanah itu diwakafkan antaranya untuk masjid, surau, tanah kubur dan untuk anak yatim.
Bernama
Sun Apr 24 2016
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara hari ini. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (dua,kiri). - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.
Dilarang tampal poster politik di pagar masjid, surau di Terengganu
Masjid dan surau di Terengganu diingatkan supaya memastikan tiada sebarang program berunsur politik termasuk menampal poster berkaitan parti tertentu di premis itu sepanjang PRN.
MAIDAM peruntuk zakat pendidikan RM68.1 juta
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan Terengganu bagi tahun ini.
Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal
MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang.
Ahli politik ingin mengajar di masjid, surau Terengganu disaran mohon tauliah
Ahli politik Pas Terengganu disaran memohon surat tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid serta surau di negeri ini.
Terengganu larang program unsur politik di masjid, surau
Larangan itu termasuk melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.
Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco
Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.