awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan Tunai Rahmah: Pemohon diminta kemas kini permohonan - LHDN

Bernama
Bernama
18/03/2023
11:19 MYT
Sumbangan Tunai Rahmah: Pemohon diminta kemas kini permohonan - LHDN
LHDN meminta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengemas kini permohonan bagi memastikan data kekal relevan untuk dilaksanakan pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengemas kini permohonan bagi memastikan data kekal relevan untuk dilaksanakan pada tahun ini.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang tidak mengemas kini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan Bantuan Sara Hidup 2020, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 perlu berbuat demikian.
Selain itu, penerima STR fasa satu yang mempunyai perubahan maklumat terkini perlu mengemas kini permohonan.
"Sebagai panduan mengenai permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR, pemohon boleh membuat rujukan kepada set Soalan Lazim (FAQ) STR 2023 dan yang telah dimuat naik pada portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan, pemohon boleh menghubungi talian Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), Hasil Live Chat serta mengemukakan maklum balas di portal rasmi HASiL di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#bantuan prihatin rakyat
#Sumbangan Tunai Rahmah
#kemas kini permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan